Kawan-kawan cikgu

Rabu, 29 Jun 2011

PMCM hari Kedua

Hehe,,, sekarang tepat jam 8.00 malam,
alhamdulillah, 
program hari ini berjalan seperti yang dirancang,
pada waktu pagi, school attack berlangsung dengan jayanya, murid SK jeram landak dan SK mela sunggu terhibur denga program motivasi yang kami jalankan. 
Pelbagai objektif dan matlamat yang terkandung dalam setiap LDK yang dijalankan.
 
Jam 3.15 petang, semua peserta PMCM berkumpul di bengkel mee kg jeram landak.
Aktiviti petang ini ialah melihat serta merasai pengalaman dalam penghasilan mee kuning. 
Sungguh teruja kami dibuatnya, almaklumlah, kami hanya pandai membeli mee di kedai sahaja. 
Kami diterangkan secara teliti, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang dalam membuat mee itu, alhamdulillah, 
dengan tenaga kerja yang ramai, mee sebanyak 20 kg dihasilkan dalam masa 55 minit sahaja. 
Mee itu akan digunapakai untuk program motivasi pada malam ini dimana pihak kampung akan membuat mee kari special katanya. 
Hehehe,
akhirnya adik angkatku mula mesra apabila kami sama-sama bersukaneka pada jam 5.30 petang.
Dimulakan dengan tarian poco-poco, kaum-kaum ibu yang meminatinya. 
Hehe
selepas itu, saya selaku ketua pasukan futsal PMCM akan memimpin pasukan kami dalam perlawanan persahabatan futsal bersama wakil belia jeram landak.
Alhamdulillah, dua jaringan saya berjaya membawa pasukan PMCM menundukkan pasukan belia jeram landak dengan jaringa 5-2... 
Hehehe, bangga sekejap. Hehe
selepas ini, 
program ceramah motivasi akan disampaikan oleh wakil pensyarah kami. 
Diharapkan baki dua hari yang tinggal akan melakarkan lagi kemanisan dalam Program Mahasiswa Cakna Masyarakat, amin,,,.

Hari Pertama Program Mahasiswa Cakna Masyarakat (PMCM)

Program Mahasiswa Cakna Masyarakat (PMCM)
.Peeeerrgghh.. 
rumah keluarga angkatku sungguh besar dan cantik hiasannya. 
Abahku seorang guru di SK sg landak, emakku seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai lima orang cahaya mata, tiga putera dan dua puteri.
Alhamdulillah kami sampai jam 5.30 petang,
disambut oleh penduduk kampung ini.
Terharu rasanya disambut dengan bunga manggar ketika turun dari bas. 
Sungguh ramah penduduk kampung disini. Selesai mndengar ucapan ketua kampung dan pengerusi program, kami diagihkan kepada keluarga angkat.
Sekarang tepat jam 8.00 malam, masih dirumah, masa untuk bermesra dengan keluarga baru sambil menunggu program seterusnya iaitu taklimat keseluruhan program jam 9 malam nanti.

Khamis, 23 Jun 2011

BAHAYA!!!

Diambil dari rakan di FACEBOOK... :)
hanya sekadar untuk menyampaikan kepada yang lain... :)


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www..omaQ. org

Isnin, 20 Jun 2011

RINDU

Alhamdulillah,
Program Mahasiswa Cakna Masyarakat (PMCM) 
anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KKB berjaya dilaksanakan dengan jayanya 
di Kuala Lipis, Pahang...
pelbagai kenangan manis yang diperolehi sepanjang program berlangsung.
bersambung... :)


Jumaat, 10 Jun 2011

KITA


sejak kita dilahirkan ke dunia,
tidak kira agama atau bangsa,
kita tetap manusia yang tidak sempurna,
sempurna???
apa yang membuatkan kita sempurna?
apa yang menjadikan kamu sempurna?
apa yang diklasifikasikan sebagai sempurna???
ermm... 
mencari kesempurnaan sehingga x nmpk yg macho dsblh tu.. :p
---_______---

Selasa, 7 Jun 2011

<<< Futsal Time >>>

waktu penganjuran futsal IPG KKB 10.. :)

sudah menjadi kegilaan para remaja apabila menggemari sukan futsal
( ayat pemberita ) hahahaha
Masa : pukul 9.00 malam
Tempat : gelanggang awam batang kali
pasukan : 89's

Isnin, 6 Jun 2011

Bahasa Baku

Alhamdulillah,,,
hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang, baru sebentar tadi ibu, ayah dan Rafi baru sahaja bertolak ke Perlis untuk menziarahi kakak yang sudah menetap di Perlis bersama suaminya. 
Mereka bercuti selama 3 hari dan akan pulang ke rumah pada hari khamis untuk urusan
'Majlis Menyambut Menantu' :)
Setelah berfikir panjang,
saya membuat keputusan untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul bagi penulisan di blog ini. 
Ini kerana, status saya sebagai bakal guru bahasa Melayu, 
haruslah bertanggungjawab mengaplikasikan segala ilmu bahasa yang saya pelajari
dan sentiasa memartabatkan bahasa Melayu ini.
Kalau bukan saya yang memartabatkan bahasa ini, siapa lagi? :)
Mungkin agak pelik dan agak serabut jika dibaca.
Tetapi, perubahan kepada kebaikan itu memang agak sukar jika tiada satu permulaan...

InsyaAllah,
tinggal dua minggu lagi saya akan melangkah ke semester 6 dan berbaki dua semester untuk bergelar Guru Bahasa Melayu... doakan saya.. :)

<<< Ankle Injury >>>

ari ni cikgu nk jd doktor... haha
tajuk ari ni ialah kecederaan buku lima.. eh.. buku lali.. :)
sakit ooooooooooooo...
kecederaan ini biasanya berlaku ketika kita bersukan.. pergh.. ayt doktor.. haha
slalu blaku bila kita berlari atas permukaan x sekata n licin...

ni la time ckgu injured... adoiiii... :p
Terseliuh

Kecederaan apabila terseliuh boleh menyebabkan bengkak yang ketara dan lebam biru pada bahagian luar sendi.

Buku lali yang tercedera perlu direhatkan dan air batu diletakkan pada bahagian tersebut untuk mengurangkan radang dan kesakitan.

Buku lali tersebut perlu direhatkan dengan simen POP (plaster of Paris) supaya ligamen yang tercedera boleh pulih kembali dalam keadaan dan kedudukan asal.

Pesakit boleh bergerak menggunakan tongkat dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Selepas tempoh tersebut, rawatan fisioterapi dimulakan untuk mengurangkan kesakitan.

Apabila kesakitan telah mula reda, senaman untuk menguatkan otot dan ligamen akan dimulakan untuk mengembalikan kekuatan dan keseimbangan sendi.

Pesakit boleh kembali aktif jika kekuatan otot dan ligamen kembali normal.


sumber dr http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t53192.html 


so, siyes mmg sakit oooo...
JADI, doa2kan sy cpat sembuh.. :)

Sabtu, 4 Jun 2011

TwitTwit... :)


ttbe saje nk post topic ni..
lame dah account ni.. tp sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak ni..
gle plak dok twit2.. hahaha...
meh kte bkongsi maklumat mgenai twitter... :)
" Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi luaran." dan ianya PERCUMA... hahaha
sesape ad twitter tu...  
add la sy... leh ber'TWITTWIT' hehe
http://twitter.com/#!/Mohdizzulimran