Kawan-kawan cikgu

Rabu, 29 Jun 2011

PMCM hari Kedua

Hehe,,, sekarang tepat jam 8.00 malam,
alhamdulillah, 
program hari ini berjalan seperti yang dirancang,
pada waktu pagi, school attack berlangsung dengan jayanya, murid SK jeram landak dan SK mela sunggu terhibur denga program motivasi yang kami jalankan. 
Pelbagai objektif dan matlamat yang terkandung dalam setiap LDK yang dijalankan.
 
Jam 3.15 petang, semua peserta PMCM berkumpul di bengkel mee kg jeram landak.
Aktiviti petang ini ialah melihat serta merasai pengalaman dalam penghasilan mee kuning. 
Sungguh teruja kami dibuatnya, almaklumlah, kami hanya pandai membeli mee di kedai sahaja. 
Kami diterangkan secara teliti, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang dalam membuat mee itu, alhamdulillah, 
dengan tenaga kerja yang ramai, mee sebanyak 20 kg dihasilkan dalam masa 55 minit sahaja. 
Mee itu akan digunapakai untuk program motivasi pada malam ini dimana pihak kampung akan membuat mee kari special katanya. 
Hehehe,
akhirnya adik angkatku mula mesra apabila kami sama-sama bersukaneka pada jam 5.30 petang.
Dimulakan dengan tarian poco-poco, kaum-kaum ibu yang meminatinya. 
Hehe
selepas itu, saya selaku ketua pasukan futsal PMCM akan memimpin pasukan kami dalam perlawanan persahabatan futsal bersama wakil belia jeram landak.
Alhamdulillah, dua jaringan saya berjaya membawa pasukan PMCM menundukkan pasukan belia jeram landak dengan jaringa 5-2... 
Hehehe, bangga sekejap. Hehe
selepas ini, 
program ceramah motivasi akan disampaikan oleh wakil pensyarah kami. 
Diharapkan baki dua hari yang tinggal akan melakarkan lagi kemanisan dalam Program Mahasiswa Cakna Masyarakat, amin,,,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan