Kawan-kawan cikgu

Isnin, 6 Jun 2011

Bahasa Baku

Alhamdulillah,,,
hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang, baru sebentar tadi ibu, ayah dan Rafi baru sahaja bertolak ke Perlis untuk menziarahi kakak yang sudah menetap di Perlis bersama suaminya. 
Mereka bercuti selama 3 hari dan akan pulang ke rumah pada hari khamis untuk urusan
'Majlis Menyambut Menantu' :)
Setelah berfikir panjang,
saya membuat keputusan untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul bagi penulisan di blog ini. 
Ini kerana, status saya sebagai bakal guru bahasa Melayu, 
haruslah bertanggungjawab mengaplikasikan segala ilmu bahasa yang saya pelajari
dan sentiasa memartabatkan bahasa Melayu ini.
Kalau bukan saya yang memartabatkan bahasa ini, siapa lagi? :)
Mungkin agak pelik dan agak serabut jika dibaca.
Tetapi, perubahan kepada kebaikan itu memang agak sukar jika tiada satu permulaan...

InsyaAllah,
tinggal dua minggu lagi saya akan melangkah ke semester 6 dan berbaki dua semester untuk bergelar Guru Bahasa Melayu... doakan saya.. :)

5 ulasan:

  1. welcome to my hometown.mai la jln2 umah.haha.

    BalasPadam
  2. hehe.. ayah, ibu n adik je g sane..
    insyAllah lpas ni makin kerap la g perlis..
    akk dah duk sane.. hehehe..
    perlis tang mana? haha

    BalasPadam
  3. owh..
    taw2.. pnah lalu, :)
    kwn duk berseri je.. hehe

    BalasPadam