Kawan-kawan cikgu

Ahad, 31 Julai 2011

Pergi

selamat tinggal syaaban dan julai
selamat datang Ramadhan dan Ogos 
:)
 

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadhan


insyAllah ramadhan tahun ini lebih baik daripada ramadhan tahun lalu,
beribadatlah seolah-olah ini ramadhan terakhir kita... :)
mood?
gembira disamping keluarga, malam ini bertolak pulang ke kelantan, 
insyAllah semua selamat.. :)
konvo ABANG!
mood: hidup CERIA tanpa JERAWAT
hahahahaha...

Isnin, 25 Julai 2011

<<< KEMERDEKAAN >>>

berbalik kepada dunia guru pelatih yang sedang berpraktikum,
hehehe
pada hari esok, insyAllah 
pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu IPG KKB akan membuat pemantauan pertama ... :)
En Aminuddin Mamat...
perasaan? tenang.. hehehe
P&P esok berkisar tentang kemerdekaan...

saya akan berpakaian lengkap 
sebagai seorang Tentera Darat ... :)
harapan untuk esok?
semoga Allah sentiasa memberkati saya... :)
kepada pembaca yang disayangi,,, doakan hamba.. :)

Part One... :)

Ahad, 24 Julai 2011

Yang Teristimewa... untuk kamu... :)

sAya seLalu Ingat kAmu, Selamanya... :)
thanx to special director , Hanis Jamaluddin from a special production, BONK production, to da special person... :)
tp yg asal lg TERBAIK... hehehe...

http://vimeo.com/26797048

jika rasa ingin menonton, sila copy dan paste link itu..
kalau klik trus, kuar video lain.. hahaha.. :)

Sabtu, 23 Julai 2011

Ujian untukku dari Nya...

bersabar dan terus bersabar,
berdoa dan terus berdoa,
berusaha dan terus berusaha,
bertawakal lah kepada Nya...

Khamis, 21 Julai 2011

shOOting... :)




ye, saye selalu ingat kamu... :)

Imran n Ikhmal

senyum sampai telinga... hahaha


Isnin, 18 Julai 2011

sAya seLalu Ingat kAmu... :)

ye... sAya seLalu Ingat kAmu.... :)
dibalik gambar ini,
mempunyai pelbagai cerita, pelbagai maksud,
tersurat dan tersirat...
hanya KAMU sahaja yang faham... :)

Rabu, 13 Julai 2011

Huhu...

hari ini, 
aku mengajar pendidikan jasmani untuk kelas 3 mutiara,
agak sukar juga apabila kita terpaksa mengawal seramai 33 orang murid apabila mereka berada di padang.
huhuhuhu,,,
terpaksa mengamuk sekejap,
untuk mendapat rasa hormat daripada mereka...
itu cara terakhir dan tidak digalakkan untuk melakukannya.. :)
 kadang-kadang aku terpikir,
berapa lama aku mampu bertahan di dalam arena perguruan ini,
kerana minatku tidak sepenuhnya terhadap perguruan ini,
bagiku, 
bidang perguruan tidak mencabar minda dan fizikal,
dan hanya membuat perkara sama setiap hari,
aku sukakan cabaran, 
sukakan pekerjaan yang memerlukan kita berfikir, merancang strategi,
pekerjaan yang berisiko tinggi, 
barulah GEMPAK bagiku...
huhuhuhu...
dalam fikiranku sekarang,
hanyalah BOLA SEPAK,
tidak kira dalam pengurusan, kejurulatihan, kepegawaian mahupun kepengadilan.. :)
aku lebih cenderung ke arah arena ini..
insyAllah suatu hari nanti,
pasti aku menjadi
jurulatih bola sepak MALAYSIA...
Dato M. Izzul Imran..
hahahahahahaha.... :)

hahaha... sebab itu Perancis kalah dalam World Cup 2010.. haha

Khamis, 7 Julai 2011

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan


esok, 
deligasi JPP dari IPG Kampus Kota Bharu,
akan bertolak ke UiTM Shah Alam untuk KOGUM
doakan kami selamat pergi dan kembali... :)

Rabu, 6 Julai 2011

Praktikum Hari Kedua.. :)

praktikum hari ini agak mencabar sedikit kerana pertama kalinya 
saya terpaksa masuk mengajar darjah 2 menggantikan tugas guru pembimbing saya...
huhuhu, 
ternyata untuk menguruskan mereka memerlukan tahap kesabaran yang tinggi,
mana tidaknya, apabila kita marah, mereka sempat membuat muka comel..
hahaha
hilang 'mood' untuk memahari mereka. 
terpaksa kawal perasaan gelak tu...
jika dalam subjek psikologi pun, pada peringkat umur 7-9 tahun, 
memang sukar untuk mengawal kelakuan dan agak sukar untuk menafsir kelakuan mereka yang sering berubah-ubah... 
hehehe..
InsyAllah, dengan kreadibiliti saya sebagai guru keluaran IPG yang mampu menangkis segala situasi yang mencemaskan di dalam bilik darjah.. hahahaha.. :)

selepas rehat, hanya berehat di bilik guru sambil bermesra bersama guru-guru lama... :)

11.45 - 12.45 pagi
saya masuk ke kelas 5 Delima, kelas kesayangan saya... :P
sebelum masuk ke kelas tadi, guru asal sempat bersembang dengan saya, 
dia menceritakan yang prestasi mereka meningkat daripada hanya seorang yang mendapat 1 B untuk subjek pemahaman, 
tetapi pada peperiksaan pertengahan tahun, seramai 21 orang berjaya memperoleh gred B dan mengejutkan cikgu tersebut ialah seorang berjaya memperolehi A...
alhamdulillah...
terdetik di hati saya yang saya ingin merubah keadaan tersebut untuk menjadi mereka lebih cemerlang...

setibanya di kelas, 
semua berasa gembira kerana saya yang akan bersama-sama mereka selama 2 bulan ini...
pada hari ini, 
memang tiada 'mood' untuk mengajar. jadi, 
saya akan memotivasikan mereka supaya mereka percaya yang mereka juga mampu berjaya seperti orang lain.
saya menitikberatkan aspek solat lima waktu kepada mereka. ternyata ramai yang tidak menyempurnakan solat fardhu mereka.
saya sempat berceramah sedikit bagi menyedarkan mereka bahawa solat fardhu amat penting dalam kehidupan seharian kita... :)

saya telah mencadangkan beberapa strategi bagi merealisasikan impian saya untuk merubah kedudukan mereka supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bahasa Melayu...
bagi subjek pemahaman, saya hanya menyuruh mereka menghabiskan buku kerja mereka supaya mereka lebih terbiasa dengan soalan-soalan pemahaman... 
bagi subjek penulisan,
saya menggunakan 'skill' ayahanda tercinta saya iaitu menyalin sebuah karangan bahasa Melayu untuk sehari. jadi mereka akan lebih terbiasa dengan kosa kata yang baru untuk diaplikasikan dalam ujian bulanan pada Ogos ini.
'skill' ini saya pernah mengaplikasikan
ketika saya hendak menduduki PMR. karangan Bahasa Inggeris saya suatu ketika dahulu agak teruk, tapi selepas menggunakan cara ini, alhamdulillah keputusan subjek bahasa Inggeris dalam PMR meningkat mendadak... :)

akhir sekali, 
saya menyuruh setiap murid menulis dalam sehelai kertas iaitu
" PENULISAN = A, PEMAHAMAN = A, SAYA BOLEH!!!" 
saya menyuruh mereka membaca matlamat mereka ini 20 kali dalam sehari... :)
insyAllah..
niat ikhlas saya untuk meningkatkan prestasi mereka dirahmati Allah s.w.t
doakan saya sekali.. :)

Ahad, 3 Julai 2011

Hari Pertama Fasa Kedua

hehe.. duduk di bilik guru.. :)

Alhamdulillah, 
bermulalah perjalanan hidupku sebagai guru praktikum untuk sesi kedua bagi semester 6 selama 2 bulan.
Seperti biasa, pagi tadi perhimpunan pagi, diperkenalkan sekali lagi oleh guru penolong kanan iaitu
cikgu haji ismail.
Selepas itu,
sesi perbincangan untuk penyusunan jadual waktu, alhamdulillah,
cadangan kami untuk mengajar selama 8 waktu diterima baik. 
6 waktu bagi subjek Bahasa Melayu dan 2 waktu bagi subjek Pendidikan Jasmani 

Sabtu, 2 Julai 2011

SeMaLaM yang INDAH

alhamdulillah...
amat berminat dengan nombor 7
semuanya yang manis-manis semestinya ada nombor 7
mungkin itu takdirnya... 
InsyAllah, segala yang diperkatakan, dijanjikan, dilafazkan,
akan diKOTAkan... :)
amin...
InsyAllah saya akan menjadi 
lebih matang, lebih bertanggungjawab, 
lebih fokus dengan matlamat hidup, 
lebih berkeyakinan dalam melaksanakan amanah, 
lebih berwibawa dalam urusan kepemimpinan.
Amin.. Ya rabbalamin... :)
1/7/11.......... 0717 am... :)
cam NOH hujan x? hahaha.. Noh Hujan sakit perut.. hahaa