Kawan-kawan cikgu

Selasa, 16 Ogos 2011

Terbaik dari Darjah 2... :)

Di dalam kelas tahun 2... :)
Cg : kamu kene pakai tudung...
m : kenape?
Cg : sebab itu aurat kamu, orang lain x leh tgok...
m : kenape??
Cg : ermmm.. sebab aurat kamu untuk keluarga kamu.... dan suami kamu je..
m : oooowh... ermmm...
Cg : haa... jd kamu kne pkai tudung... ckgu xleh tgok aurat kamu... bdosa...
m : nanti ckgu jd suami saya la... heeeee...
Cg : errkkkkkkkk.... tak2.. bile kamu pkai tdung, nanti nampk lg comel.. :)
kisah benar... :)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Solat itu Tiang Agama... :)

Assalamualaikum,
hari ini 13 Ramadhan 1432
nak berkongsi sikit,
untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang terbaca 'POST' ini... :)
sepanjang kita solat,
setiap bacaan kita dalam solat adalah penuh dengan puji-pujian kepada yang Esa,
untuk mendapatkan lagi kekusyukkan,
lagi bagus jika kita memahami setiap apa yang kita baca,
insyAllah, solat kita lebih khusyuk dan tenteram... :)

Bermula dengan Bacaan  Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya 
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

sama-samalah kita mengfahalnya dan memahami setiap apa yang kita baca,
insyAllah...
jika anda benar-benar memahaminya,
tanpa anda sedar, 
anda akan menitiskan air mata ketika membaca surah Al-fatihah...
Assalamualaikum... :)

Rabu, 10 Ogos 2011

Alhamdulillah

observe kedua berjalan kurang menarik...
tapi,
En Aminuddin Mamat sungguh baik,
bimbingan dan dorongan yang diberi kepada ku...
huhuhu,,,
dia percaya aku mampu buat lagi terbaik dari semalam...
Ya Allah, 
tolonglah hambamu ini,
Tetapkanlah hatiku ini dalam bidang perguruan ini.. :)
hari ini Terawikh ke 11..
alhamdulillah,
Azam ramadhan tahun ini, 
tak nak ponteng tarawikh... :)
insyAllah...

Rabu, 3 Ogos 2011

Dimanakan Ku Cari Ganti... ;)

LIVE FROM SK KEM PENGKALAN CHEPA
hahaha...
sebentar lagi, aku dan Ainol Yaqin bersama murid-murid 1 FIRUS 
akan
mempersembahkan 
sebuah medley
'PERGI dan KAU ILHAMKU'
sempena majlis persaraan Pn Che Semah
yang akan bersara pada esok hari...
jadi, aku dan ainol ditugaskan membuat satu persembahan KHAS untuk majlis ini...
harap semua berjalan lancar..
paling penting sekali, 
harap murid-murid 1 Firus tidak meragam...
hahahahaha...
:)

Ahad, 31 Julai 2011

Pergi

selamat tinggal syaaban dan julai
selamat datang Ramadhan dan Ogos 
:)
 

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadhan


insyAllah ramadhan tahun ini lebih baik daripada ramadhan tahun lalu,
beribadatlah seolah-olah ini ramadhan terakhir kita... :)
mood?
gembira disamping keluarga, malam ini bertolak pulang ke kelantan, 
insyAllah semua selamat.. :)
konvo ABANG!
mood: hidup CERIA tanpa JERAWAT
hahahahaha...

Isnin, 25 Julai 2011

<<< KEMERDEKAAN >>>

berbalik kepada dunia guru pelatih yang sedang berpraktikum,
hehehe
pada hari esok, insyAllah 
pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu IPG KKB akan membuat pemantauan pertama ... :)
En Aminuddin Mamat...
perasaan? tenang.. hehehe
P&P esok berkisar tentang kemerdekaan...

saya akan berpakaian lengkap 
sebagai seorang Tentera Darat ... :)
harapan untuk esok?
semoga Allah sentiasa memberkati saya... :)
kepada pembaca yang disayangi,,, doakan hamba.. :)